Kali ini saya nak kongsi resepi untuk sushi roll atau kimbap. Saya memang suka mencuba makanan dari jepun dan korea.. Salah satu makanannya adalah sushi.. Orang Malaysia dah biasa dengan sushi sebab franchise sushi ada serata Malaysia.. tapi kalau kita pergi makan di kedai sushi, kebanyakkan sushi dihidangkan dalam 'bite size'. Saya boleh makan sushi yang betul-betul masak dan yang mentah mmemang tak lalu.
Ini adalah sushi yang terdapat di kebanyakkan kedai sushi (gambar hiasan).
Semenjak K-pop menjadi fenomena di Malaysia, makanan dari Korea turut menjadi tumpuan dan salah satunya adalah kimbap iaitu sushi dalam bentuk roll.. resepi yang saya kongsikan ini lebih kepada resepi kimbap..
Inilah kimbap!!
resepi ini diajarkan oleh kawan saya pada tahun 2012.. untuk buat kimbap kena pakai beras untuk sushi kalau x nasi takkan melekat .. memang mahal sebab 1kg = RM10.00.. dan untuk cuka saya lebih suka guna white distilled vinegar.. kalu cuka buatan yg biasa boleh je guna cuma tahap asidnya tinggi sedikit..
KIMBAP @ SUSHI ROLL
Bahan2:
Nasi:
1 cawan beras sushi (ikut arahan pada paket bungkusan untuk sukatan air)
5 tbs cuka
5 tbs gula
1 tbs garam
minyak bijan (optional)
Filling @ isi:
10 ketul crab stick
2 biji telur
1/2 biji timun
5 batang sosej/ 5 keping chicken ham
1/2 biji lobak merah
p/s: untuk filling terpulang kepada citarasa masing- masing
6-8 keping seaweed
Cara-cara:
1. Masak nasi mengikut arahan pada paket. Jikalau sukatan air tidak betul, nasi akan menjadi lembik atau keras.
2. Sementara tunggu nasi masak, boleh sediakan bahan-bahan untuk filling. Crab stick boleh dipanaskan atas frying pan atau rendam dalam air panas sampai isi ketam lembut. Chicken ham juga dimasak sebentar dengan minyak sedikit.
3. Pecahkan telur dalam bekas kecil dan pukul. Masak telur dalam frying pan dengan ketebalan nipis.
4. Potongkan crab stick, ham, telur, timun, lobak merah secara memanjang dan nipis.
6. Masukkan larutan cuka ke dalam nasi dan kacau sehingga sebati. (Rasa dulu ok ke tak yea)
7. Ambil sekeping seaweed atas roll mat ( saya guna plastic je).. Sendukkan nasi dalam 1/2 dari panjang seaweed dan ratakan. (Lupa nk snap gambar yang ini).. Letakkan semua filling dan gulungkan seaweed sehingga padat.
Tips memotong kimbap:
a. Pastikan pisau tajam.
b. Rendam pisau dalam air suam atau sapukan minyak bijan/minyak masak.
Selamat mencuba..
Casino and Sportsbook App - JTHub
ReplyDeleteNew players, 울산광역 출장마사지 signup now 논산 출장마사지 and 구미 출장안마 have 하남 출장샵 casino account, and get a free bonus. BetUS offers 100% first deposit match bonus, 경산 출장마사지 up to $1000 deposit bonus.