Monday, 4 January 2016

Tortilla Pizza

Assalamualaikum..
Saya suka menonton rancangan realiti dari Korea dan salah satunya adalah Happy Together yang disiarkan di KBS World channel astro 391. Musim lepas, ada satu slot 'Late Night Cafeteria' yang memperkenalkan resepi-resepi ringkas oleh artis jemputan. So, resepi tortilla pizza ini di adaptasikan dari rancangan ini dan diubahsuai ikut citarasa. Saya tak ingat episod mana sebab dah lama sangat.. kalau tak silap sekarang ini dah ramai yang buat tortilla pizza ini.

Tortilla ini berasal dari Mexico dan biasa di hidangkan menjadi wraps atau burrito seperti salah satu hidangan di KFC dan McDonald. Juga digunakan untuk membuat hidangan quesadillas (saya pernah cuba di foodcourt Suria KLCC) dan paling popular adalah tortilla chips. Di Malaysia, tortilla chips ada dijual dengan pelbagai jenama seperti chacos.
Ini adalah hidangan burrito yang boleh didapati di kedai Mexican.




Quesadillas macam burrito tapi bentuk seperti roti pita.

Tortilla wraps ini ada pelbagai perisa: asli, garlic, kentang etc. Jenama yang popular di Malaysia adalah Mission. Kalau nak murah sedikit boleh beli di Tesco di bahagian roti. Saya lebih suka guna garlic atau kentang. Terpulang pada citarasa masing-masing.



Tortilla Pizza
Bahan-bahan:
4-5 keping tortilla wrap
3-4 biji bawang putih (boleh adjust ikut citarasa)
1/2 biji lada benggala
5 batang sosej(hiris halus)
1 ketul dada ayam(potong halus)
Sos spaghetti (bolognese/mushroom/herbs)
Slices cheese/mozzerella cheese
Parsley/oregano (kering)-optional
Secubit garam

Cara-cara (By oven):
1. Tumiskan sosej, ayam dan lada benggala dengan sedikit minyak (saya guna olive oil) dan perasakan dengan secubit garam.
 2. Ambil sekeping tortilla dan sapukan sos spaghetti dengan rata.
 3. Taburkan bahan tumisan.
 4. Taburkan cheese (boleh letak lebih kalau suka)
5. Bakar di dalam oven pada suhu 170°C selama 8-10 minit (bergantung pada oven anda)

Cara-cara (by frying pan):
1. (Sama di atas)
2. Panaskan tortilla wrap atas frying pan dengan sedikit mentega selama 1-2 minit
3. (Ulang langkah 2-4 seperti di atas) - dengan keadaan tortilla di atas frying pan.. kena buat dengan pantas. Kalau tidak rentung pulak tortilla nanti.
4. Setelah tabur cheese, tutup frying pan dengan penutup periuk (@apa saja yang boleh tutup) selama 1-2 minit @ sehinnga cheese cair..

P/s: terlupa ambil gambar masa buat pakai frying pan.. huhu

Untuk topping, boleh diubah ikut citarasa masing-masing..

Selamat mencuba!!

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete