Monday, 4 January 2016

Tortilla Pizza

Assalamualaikum..
Saya suka menonton rancangan realiti dari Korea dan salah satunya adalah Happy Together yang disiarkan di KBS World channel astro 391. Musim lepas, ada satu slot 'Late Night Cafeteria' yang memperkenalkan resepi-resepi ringkas oleh artis jemputan. So, resepi tortilla pizza ini di adaptasikan dari rancangan ini dan diubahsuai ikut citarasa. Saya tak ingat episod mana sebab dah lama sangat.. kalau tak silap sekarang ini dah ramai yang buat tortilla pizza ini.

Tortilla ini berasal dari Mexico dan biasa di hidangkan menjadi wraps atau burrito seperti salah satu hidangan di KFC dan McDonald. Juga digunakan untuk membuat hidangan quesadillas (saya pernah cuba di foodcourt Suria KLCC) dan paling popular adalah tortilla chips. Di Malaysia, tortilla chips ada dijual dengan pelbagai jenama seperti chacos.
Ini adalah hidangan burrito yang boleh didapati di kedai Mexican.




Quesadillas macam burrito tapi bentuk seperti roti pita.

Tortilla wraps ini ada pelbagai perisa: asli, garlic, kentang etc. Jenama yang popular di Malaysia adalah Mission. Kalau nak murah sedikit boleh beli di Tesco di bahagian roti. Saya lebih suka guna garlic atau kentang. Terpulang pada citarasa masing-masing.



Tortilla Pizza
Bahan-bahan:
4-5 keping tortilla wrap
3-4 biji bawang putih (boleh adjust ikut citarasa)
1/2 biji lada benggala
5 batang sosej(hiris halus)
1 ketul dada ayam(potong halus)
Sos spaghetti (bolognese/mushroom/herbs)
Slices cheese/mozzerella cheese
Parsley/oregano (kering)-optional
Secubit garam

Cara-cara (By oven):
1. Tumiskan sosej, ayam dan lada benggala dengan sedikit minyak (saya guna olive oil) dan perasakan dengan secubit garam.
 2. Ambil sekeping tortilla dan sapukan sos spaghetti dengan rata.
 3. Taburkan bahan tumisan.
 4. Taburkan cheese (boleh letak lebih kalau suka)
5. Bakar di dalam oven pada suhu 170°C selama 8-10 minit (bergantung pada oven anda)

Cara-cara (by frying pan):
1. (Sama di atas)
2. Panaskan tortilla wrap atas frying pan dengan sedikit mentega selama 1-2 minit
3. (Ulang langkah 2-4 seperti di atas) - dengan keadaan tortilla di atas frying pan.. kena buat dengan pantas. Kalau tidak rentung pulak tortilla nanti.
4. Setelah tabur cheese, tutup frying pan dengan penutup periuk (@apa saja yang boleh tutup) selama 1-2 minit @ sehinnga cheese cair..

P/s: terlupa ambil gambar masa buat pakai frying pan.. huhu

Untuk topping, boleh diubah ikut citarasa masing-masing..

Selamat mencuba!!

Sushi roll atau Kimbap

Assalamualaikum..

Kali ini saya nak kongsi resepi untuk sushi roll atau kimbap.  Saya memang suka mencuba makanan dari jepun dan korea.. Salah satu makanannya adalah sushi.. Orang Malaysia dah biasa dengan sushi sebab franchise sushi ada serata Malaysia.. tapi kalau kita pergi makan di kedai sushi, kebanyakkan sushi dihidangkan dalam 'bite size'. Saya boleh makan sushi yang betul-betul masak dan yang mentah mmemang tak lalu.
Ini adalah sushi yang terdapat di kebanyakkan kedai sushi (gambar hiasan).

Semenjak K-pop menjadi fenomena di Malaysia, makanan dari Korea turut menjadi tumpuan dan salah satunya adalah kimbap iaitu sushi dalam bentuk roll.. resepi yang saya kongsikan ini lebih kepada resepi kimbap..
Inilah kimbap!!

resepi ini diajarkan oleh kawan saya pada tahun 2012.. untuk buat kimbap kena pakai beras untuk sushi kalau x nasi takkan melekat .. memang mahal sebab 1kg = RM10.00.. dan untuk cuka saya lebih suka guna white distilled vinegar.. kalu cuka buatan yg biasa boleh je guna cuma tahap asidnya tinggi sedikit..

KIMBAP @ SUSHI ROLL

Bahan2:
Nasi:
1 cawan beras sushi (ikut arahan pada paket bungkusan untuk sukatan air)
5 tbs cuka
5 tbs gula
1 tbs garam
minyak bijan (optional)

Filling @ isi:

10 ketul crab stick
2 biji telur
1/2 biji timun
5 batang sosej/ 5 keping chicken ham
1/2 biji lobak merah

p/s: untuk filling terpulang kepada citarasa masing- masing

6-8 keping seaweed

Cara-cara:
1. Masak nasi mengikut arahan pada paket. Jikalau sukatan air tidak betul, nasi akan menjadi lembik atau keras.
2. Sementara tunggu nasi masak, boleh sediakan bahan-bahan untuk filling. Crab stick boleh dipanaskan atas frying pan atau rendam dalam air panas sampai isi ketam lembut. Chicken ham juga dimasak sebentar dengan minyak sedikit.
3. Pecahkan telur dalam bekas kecil dan pukul. Masak telur dalam frying pan dengan ketebalan nipis.
4. Potongkan crab stick, ham, telur, timun, lobak merah secara memanjang dan nipis.




5. campurkan cuka, gula dan garam dalam bekas kecil. Kacau sehingga gula dan garam larut dengan cuka.. senantisa rasa dahulu larutan cuka dan sesuaikan rasa yang dikehendaki dgn gula dan garam. (Larutan cuka akan tersejat jika dibiarkan lama. Sebaiknya sediakan larutan ini apabila nasi sudah masak).
6. Masukkan larutan cuka ke dalam nasi dan kacau sehingga sebati. (Rasa dulu ok ke tak yea)
7. Ambil sekeping seaweed atas roll mat ( saya guna plastic je).. Sendukkan nasi dalam 1/2 dari panjang seaweed dan ratakan. (Lupa nk snap gambar yang ini).. Letakkan semua filling dan gulungkan seaweed sehingga padat.

 8. Potongkan kimbap mengikut ketebalan yang bersesuaian.

Tips memotong kimbap:
a. Pastikan pisau tajam.
b. Rendam pisau dalam air suam atau sapukan minyak bijan/minyak masak.
Selamat mencuba..